arini hati aku tergerak utk berbicara tentang sampah! huhu~~ sejak aku menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat yang menguruskan sampah dan mempunyai tapak pelupusan sampah yang boleh dikatakan terkenal disekitar selangor.. hati dan mindaku terbuka untuk mencintai sampah dan meneroka tentang pengetahuannya dengan lebih mendalam.. sebenarnya pengurusan tentang sampah adalah suatu pengetahuan yg amat menarik utk di ketahui dan di fahami..
ada suatu mase ketika aku menaiki komuter utk pulang kerumah, aku berborak dengan seorang kenalan yang baru aku kenali.. dan dia bertanya kepada aku tentang gambaran tempat praktikal aku.. dan aku menrangkan kepada dia syarikat aku menguruskan samapah selepas ia di angkut oleh lori sampah.. dengan sinis nya dia berkata 'buat ape kita nak uruskn sampah lagi.. dah sampah.. buang jelah..dah namenya sampah..kenapa perlu diuruskan lagi?' melihat dari kata2 dia menunjukkan betapa ceteknya pemikiran dan pemahaman org mengenai sampah dan pengurusannya..
emmm...SAMPAH.. mungkin ia sesuatu yang universal.. tetapi hanya sikit sahaja kajian dan betapa cetaknya pemahaman orang awam mengenai sampah..
tiada siapa tau dengan tepat berapa banyak sampah yang dihasilkan dan apa yang akan dilakukan terhadap sampah selepas ia dibuang dan tidak diperlukan..
hanya ada tiga cara sahaja yang boleh dilakukan kepada sampah : tanam, bakar dan kitar semula..
kesemuA cara yang boleh dilakukan kepada sampah ini membawa kepada dua isu yang berkaitan iaitu alam sekitar dan juga kos kewangan, dan semua ini memerlukan pengurusan dan penjagaan yang sgt teliti.
jika kite pandang secara sekilas lalu apabila kite menggunakan cara melupus dan membakar sampah itu ia menunjukkan cara atau pilihan yang paling mudah tetapi sebenarnya ia membawa akibat dan potensi kepada pencemaran dan akibat yang berbahaya..
sampah ini tentunya membawa kepda bau yang amat busuk... menarik haiwan2 perosak yang meyebabkan penyakit dan merosakkan pemandangan yang cantek.. lebih dasyat lagi ia boleh melepaskan bahan kimia yang medaratkan kepada tanah dan juga sumber air apabila ia di buang serta kepada udara apabila ia di bakar..
mengikut kajian pembakaran sampah telah menyumbang sekurang2nya 4% kepada gas rumah hijau yang kita tahu akan membawa kepda penipisan ozon dan pemanasan global..tetapi semua masalah2 ini berlaku kerana tidak ada pengurusan sampah yang efisien dan saintifik yang membolehkan kesan2 barbahaya ini diminimakan dan dikurangkan.. justeru itu dengan kesedaran sesetengah pihak tentang perlunya pengurusan sampah yang efektif..seterusnya terciptanya tapak pelupusan sampah yang efektif (sanitary landfill) utk mengelakkan pembuangan sampah secara terbuka (open dumping) dan juga kewujudan incinerator bagi mengurangkan kesan kepada pembakaran terbuka..
Ivy by akyelrahim
9 months ago





1 PUTARAN:
Aku kecewa btol xbkk subjek sampah
Post a Comment